Wakaf Tunai Pembangunan
"WAKAF MEMARTABATKAN
PENDIDIKAN"
Program wakaf tunai melalui Yayasan ADDIN untuk mengumpul dana
bagi menampung kos pembelian sebidang tanah dan pembinaan sebuah bangunan
akademik dua tingkat untuk menampung keperluan pelajar tahfiz.
Bagunan sedia ada sekarang adalah kecil dan tidak bercirikan sebuah sekolah
yang sempurna. Justeru kami komited untuk menaik taraf pendidikan tahfiz
di MTQ ADDIN 23 Semenyih dengan membina sebuah bangunan akademik yang
sempurna dan lebih selamat serta kondusif.
Sumbangan dan wakaf tuan-tuan dan puan-puan amatlah besar nilai dan manfaatnya
untuk semua pelajar tahfiz.
Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan memberi ganjaran pahala yang
berlipat ganda kepada masyarakat yang berwakaf melalui program
WAKAF PEMBANGUNAN YAYASAN ADDIN
UNTUK MTQ ADDIN 23 SEMENYIH
Pandangan hadapan bangunan maahad sedia ada
Keja-kerja ubahsuai dan naik taraf giat dijalankan
Keadaan surau yang telah 90% siap hasil waqaf ibu bapa pelajar dan masyarakat. Namun surau tersebut hanya dapat menampung 40 pelajar sahaja pada satu-satu masa.
Pembinaan kolah mandi yang dibina untuk memenuhi keperluan pelajar kini telah siap dan telah dapat digunakan. Dengan sumbangan dan waqaf tunai dari semua pihak, ianya dapat menjimatkan masa pengurusan kendiri pelajar setiap hari.
Tanah rizab di belakang bangunan utama maahad untuk digunakan sebagai tapak untuk pembangunan sementara bangunan akademik, namun telah diambil oleh kerajaan untuk kerja-kerja pembesaran Klinik Kesihatan Semenyih.
Lot tanah yang akan dibeli untuk digunakan sebagai tapak untuk membina sebuah bangunan akademik 2 tingkat yang lengkap dengan bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, dan tandas.
Status terkini Lot Tanah untuk Pembinaan
Cadangan reka bentuk bangunan akademik yang akan dibina di atas lot tanah yang akan dibeli. (Cadangan 1)
Cadangan reka bentuk bangunan akademik yang akan dibina di atas lot tanah yang akan dibeli. (Cadangan 2)
Bersiaran secara langsung di TV AlHijrah dalam rancangan Assalamualaikum, berkongsi dengan masyarakat umum tentang bagaimana '' WAQAF MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ''.
Melalui Yayasan ADDIN waqaf dapat disalurkan kepada sasaran yang tepat dan memerlukan.
Sekeping gambar menjelaskan 1001 cerita, inilah yang dimaksudkan " WAQAF MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ".
FIRMAN ALLAH SWT;
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah, 2:254
Jom kita berwaqaf hari ini. Berlumba-lumbalah kita dalam membuat sadaqah jariah (berwaqaf) mudah-mudahan ianya menjadi saham akhirat kita nanti.